Komen Dhani
Tuesday, November 21, 2006

NARAYUDA: DARI SUDUT PANDANG YANG SATU LAGI.
ini bukan kali pertama aku membaca zine. mungkin juga kali yang ke empat ribu.

7 helai A4 bercetak. 13 tajuk tulisan. 1 wawancara. 26 gambar. 4 orang penulis bergelar sang nara. dan 4 orang penulis tamu. ini yang terkandung di zine narayuda yang telah aku khatam dalam masa 30 minit.

seakan sudah menjadi adat, apabila diminta komen, pasti aja komen yang diterima adalah yang indah-indah belaka. tidak. aku tidak mahu komen tentang keindahannya. aku mahu komen sudut yang satu lagi. sudut yang berlawanan sudut indah.

ini bukan kali pertama aku membaca zine. mungkin juga kali yang ke empat ribu. pelbagai bentuk. pelbagai gaya bahasa. pelbagai genre zine telah aku baca.kini muncul pula yang satu ini. narayuda nama diberi. oleh 4 orang editor yang bekerjasama merakam tulisan mereka dalam bentuk yang boleh diraba. juga dicium.

aku mendapat zine ini secara percuma. dilayangkan dari KL ke Kelantan oleng Sang Nara Esis. sekalung terima kasih buat esis. pertama kali membelek-belek dan membaca sepintas lalu, aku rasa seperti ada sesuatu yang "tak kena" dengan zine ini. setelah habis membacanya secara detail, ada 2 perkara yang "tak kena" dapat aku kesan.

yang pertamanya:
jenis font yang digunakan. aku berpendapat, adalah lebih menarik sekiranya jenis font teks diselaraskan. tidak pasti kenapa harus menggunakan banyak font yang berbeza untuk setiap artikel. mungkin untuk membezakan hasil tulisan editor yang 4 orang itu barangkali. tapi hakikatnya aku tidak tahu menjawab soalan: "artikel ni saper yang tulis? esis kah? kingbinjai kah? elmaaniq kah? amanitium kah?". menggunakan font yang berbeza untuk menyatakan ianya hasil karya orang yang berbeza itu ok. dan ianya akan lebih ok kalau setiap artikel dicatatkan: "ditulis oleh:_________". dengan ini, pembaca akan tahu siapakah pemilik karya tersebut.

yang keduanya:
tentang gambar-gambar yang menghiasi isi perut zine tersebut. sebenarnya aku tidak ada masalah besar dengan gambar-gambar tersebut. cumanya aku merasakan ada sesuatu yang tak kena di situ. tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku berasa begitu.

dua perkara ini sedikit mengganggu pandangan mata (hati) aku. oh ya. seperkara lagi yang ingin aku sentuh ialah tentang cover zine. memang benar kata orang: dont jugde book by its cover. tapi hakikatnya, cover-lah perkara penting yang harus dititik-beratkan. aku bukanlah seniman yang mampu menilai hasil kerja seni. ya aku bukan orang seni. cumanya, pada aku cover zine narayuda terlalu simple. jika diletakkan zine narayuda bersebelahan zine sabotaj, pasti aku akan terlebih dahulu mencapai zine sabotaj, dan kemudiannya barulah zine narayuda. ya, di sini-lah peranan cover sebenarnya.

secara keseluruhannya, aku, sebagai pembaca, berpuas hati dengan apa yang aku baca. cumanya, sangkaan aku cuma ada 4 orang penulis di zine ini ternyata meleset. bukan 4 orang. tapi 8 orang penulis kesemuanya. jika ada yang bertanya tentang isi kandungan zine, aku akan jawab: "biasa jek.santai.macam tulisan2 kat blog". jadi, kepada orang politik, zine ini bukan untuk anda. kepada penggemar tulisan humor, zine ini bukan untuk anda. kepada orang seni, zine ini juga bukan untuk anda. zine ini untuk anda yang suka membaca dan berfikir.

kepada mereka yang masih belum memiliki zine ni, segeralah mendapatkannya. cuma rm5 senaskah dengan kualiti printing yang sangat cantik adalah sangat berbaloi. ayoh! bersama kita semarakkan budaya membaca berkos rendah! :)

Dhani punya komen
posted by Rie at 4:04 PM
Permalink |

[ back home ]

Comments for Komen Dhani

Statistik

Kotak Jerit

Name :
Web URL :
Message :