
Selepas berhempas pulas. Akhirnya Narayuda edisi ke 2 bakal mengunjung anda tidak lama lagi. Kebangkitan dari kesilapan lalu telah makin membulatkan tekad Nara berempat. Maka segala lakaran, ide, pendapat, cadangan dan usaha digandingkan dengan 4 pemikiran yang berlainan. Kewujudan Narayuda kali ini pastinya lebih baik dari yang pertama. Kalau dulu hanya terbaring, kini sudah pandai meniarap. Sisipkan zine ini untuk santapan fikiran anda. Kami menjanjikan kelainan. Cubalah!